Assalamualaikum pembuka bicara . em , nak mulakan dengan apa year ? ha , kenangan sewaktu aku berada di tingkatan 4. Al-maklumlah , baru saja pindah ke sekolah baru . kata orang , dengan menjalani kehidupan seharian , kita boleh mencari sebuah pengalaman . tak kisahlah sama ada dimarahi oleh guru atau pak cik kebun skelaipn , namun ia tetap merupakan kenangan pada diri seseorang .
Masa mula-mula masuk sekolah , perasaan takut tetap ada . mana taknya , nak cari kawan baru dan mencuba menyesuaikan diri dengan suasana sekolah yang baru ; percampuran antara lelaki dan perempuan . minggu pertama sekolaj mengadakan minggu orientasi kelas . sangat memenatkan .
Masih ingat lagi , aku dimalikan dengan teruk masa kelas cikgu Sukri . si Fadzreen tanya aku , rumah aku tak jauh ke dari sekolah . aku pun cerita lah dekat dia (siap dengan tangan terawang-awang lagi) . HAHAH . cikgu suruh aku bangun . cerita balik apa yang aku cerita dekat Fadzreen tu . siapa yang tak cuak bila kena tangkap macam tu . lepas itu , cikgu Sukri pula menambah , tinggi pokok serai aku ... aduuui ... HEHEH ..
Kemudian aku dapat sesuaikan diri dengan suasana baru itu dan akhirnya aku mendapat 2 orang rakan karib . fahada dan Intan . kami berkawan 3 orang . Alhamdulillah , tiada pergaduhan yang terjadi sehinggalah hari peperiksaan akhir tahun menonjolkan diri . aku gaduh dengan Inyan . just a small prob . aku pegang buku mathe dia dan lupa nak simpan . hingga ke hari ini , aku tak tahu apa masalah aku dengan dia . takkan disebabkan buku , dia nak marah aku macam ni . tak logic betul . lagipun , buku tu dah pun aku jumpa . bila jumpa , aku beri dia , dan she do not says thank you to me .. so sad !
Aku ingat lagi aku gaduh dengan Allahyarham Akmal . dulu aku rapat dengan dia . tapi bila satu hari tu , aku gaduh dengan dia sebab aku suka abang dia . sampai sekarang , aku tak dapat nak maafkan diri aku sebab aku dah bergaduh dengan dia hanya disebabkan lelaki . A man that i hate very much n0w ! yeah , hidup ni kekadang menggembirakan . dan kekadang , memeritkan . dan selalu membosankan .
Selepas aku gaduh dengan girl , kini si b0y pula yang aku bergaduh . satu hari , aku , intan dan faha lepak di hadapan kelas . boy tersebut biarlah aku merahsiakan identitinya , takut mengaibkan pulak . b0y ambil kerusi , di atas kerusi tu ada air . walaupun tak banyak tapi dian sengaja nak mengusik . dia ambil kerusi tu lalu menuangkan air tu ke atas lantai yang kami lepak tu . tambahan pula ketika itu , mulutku agak celupar , aku kata dekat si b0y “bodo lah hang ni , tuuutt !!” bermula dari detik itu , si b0y dah ak bertegur sapa dengan aku .
Mungkin dia terasa. Yelah. Aku tak nak bangga diri aku but this is afact. Aku selalu dapat nombor 1 dalam kelas. Mungkin dia anggap aku kata diri aku pandai, sedangkan dia BODO. Ya Allah .. sumpah ! tak dak niat langsung aku nak kata macam tu dekat dia. Pasaipa lah satu-satu dugaan menimpa.
Dalam kelas agama, aku pernah ponteng. Kerap juga ! HEHE . si boy tuduh aku pergi buat ‘date’ dengan laki sambil berpegangan tangan.. Ya Allah . sampai ke tahap itu si boy memfitnah aku. Selama aku di Mahsuri, aku tak dak pun teman lelaki. Dan aku pun tak teringin langsung. Entah ke teruna lagi ke tak?! Selepas kelas agama, kelas Bahasa Malaysia pula.
Aku mengambil tempat duduk yang belakang sekali untuk menenangkan diri. Aku sempat dengan si boy kata “dahlah anak murid harapan ustazah” tapi kalau ayat dia lain, maaflah. Tapi dari yang aku faham maksud dia lebih kurang macam tulah. Apabila cikgu sukri mengajar di depan, aku terus menjerit kea rah si boy “dahlah anak haram! Bodo!” perkataan bodo tu sengaja aku tekankan. Rasakan..
Nasiblah cikgu tak dengar, kalau tak mampus aku. Kelas pula bersebelahan dengan pejabat. Alamatnya jumpalah aku dengan ‘upin ipin’.. lepas aku, cikgu Sukri keluar kelas, si boy nak start pada tulah mula berperang mulut. . si boy nak buat aku tapi Akmal Hamdan tarik tangan dia suruh keluar kelas. Kali kedua, bila di luar kelas, aku tempik, apa tah, tak ingat. Tapi dia dating nak serang balik dan nasib aku baik jugak Akmal Nazmi tahan di pintu belakang.
Akhirnya exam akhir tahun. BM dapat lulus. Alhamdulillah. BM lah penentu segala-galanya. Kalau fail, faillah semua subjek. HAHA.. sekarang, menganggur. Tengah tunggu result keluar. Tahun depan SPM. Wahaha. Takut.
Lastly, salam kasih dari insane yang hina. Maafkan atas keterlanjuran kata.. Tak lama lagi, akan awal muharram. Apa kata kita sama2 membuka buku baru itu dengan amalan yang mulia. Amiiinnn... semoga raka-rakan seperjuanganku (4ICT2010) Berjaya didunia dan akhirat. Tak kiralah samada kalian menganggap aku sebagai musuh korang sekalipun. Bye-bye. Asslamualaikum wa Hifzillah..
Jumaat, Januari 28
selamat tinggal buku lama .
by mrs.Right at Jumaat, Januari 28, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)




0 comments:
Catat Ulasan