Baru-baru nie aq exam pra-ujian . Bila tiba masa nak dapat keputusan mathematics , Ya Allah , rasa macam nak luruh jantung . Hehe ... Teacher bagitau 'highest is a girl' . Member-member semua kata aq lah yang dapat 'highest' tu. Nak g amik pun pucat jek mulut . Huhu .
Tiba-tiba , teacher panggil nama aq "nur sayyidah thahirah binti mohamad sukri" ! Tahniah ! kamu dapat markah 100 % ...
Yahuu ... seronoknya .. Inilah kali pertama dalam sejarah aq dapat 100 % dalam subjek mathematics. Syukran ya Rabbi , Syukran Ya Ummi wa Abbi . Syukran jazilan .
Selasa, Mac 30
kakak dapat 100 % dalam subjek mathematics
by mrs.Right at Selasa, Mac 30, 2010 0 comments
kerana kau perempuan !
Kerana kau perempuan ,
Mengisi kekosongan ,
Melengkapkan kehidupan ,
Penyeri sebuah ikatan .
Kerana kau perempuan ,
Hati pernah dilukai ,
Disiat sembilu rasa ,
Pernah disimbah kecewa .
Kerana kau perempuan ,
Iman tinggi menawan ,
Sabar seluas lautan ,
Kasih tiada bandingan ,
Malu menjadi sanjungan ,
Air mata bukan mainan .
Kerana kau perempuan ,
Mulia kerana ketakwaan ,
Cantik kerana keperibadian ,
Tergantung sejuta harapan ,
Dalam sepi kamar impian ,
Yang tak pernah terluahkan ,
Harummu luntur di biarkan ,
Rasa malumu menjadi jurang ,
Biar anggun tak terbilang .
Dan , kau bak sebutir bintang ,
Tersembunyi di sebalik awan ,
Untuk dapat kulafazkan ,
Kerana kau PEREMPUAN !
by mrs.Right at Selasa, Mac 30, 2010 0 comments



