Kerana kau perempuan ,
Mengisi kekosongan ,
Melengkapkan kehidupan ,
Penyeri sebuah ikatan .
Kerana kau perempuan ,
Hati pernah dilukai ,
Disiat sembilu rasa ,
Pernah disimbah kecewa .
Kerana kau perempuan ,
Iman tinggi menawan ,
Sabar seluas lautan ,
Kasih tiada bandingan ,
Malu menjadi sanjungan ,
Air mata bukan mainan .
Kerana kau perempuan ,
Mulia kerana ketakwaan ,
Cantik kerana keperibadian ,
Tergantung sejuta harapan ,
Dalam sepi kamar impian ,
Yang tak pernah terluahkan ,
Harummu luntur di biarkan ,
Rasa malumu menjadi jurang ,
Biar anggun tak terbilang .
Dan , kau bak sebutir bintang ,
Tersembunyi di sebalik awan ,
Untuk dapat kulafazkan ,
Kerana kau PEREMPUAN !
Selasa, Mac 30
kerana kau perempuan !
by mrs.Right at Selasa, Mac 30, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)




0 comments:
Catat Ulasan